SESI AKADEMIK 2027 · SHAH ALAM

Bina Keyakinan.
Capai Potensi.

Pembelajaran lebih tersusun, bimbingan lebih dekat. Bersama PTIC, setiap langkah anak anda menuju kecemerlangan bermula di sini.

Menerajui Kecemerlangan PendidikanSejak 2018, PTIC komited membantu pelajar membina asas pembelajaran yang kukuh, meningkatkan kefahaman dan belajar dengan lebih yakin.
✓ Dua cawangan Shah Alam✓ Bimbingan berstruktur✓ Penilaian 2 kali setahun
Pelajar PTIC mengikuti kelasSuasana kelas pelajar PTICAktiviti pembelajaran di PTICPelajar PTIC dengan sijil penyertaanAktiviti akademik di Politeknik MersingSuasana pembelajaran dalam kelas
PTIC Shah AlamBelajar bersama. Maju bersama.
2018PTIC ditubuhkan
2023Pengembangan ke Shah Alam
2Cawangan Shah Alam
2027Pendaftaran sesi baharu
KENALI PTIC

Pendidikan yang dibina atas kepercayaan.

Ditubuhkan pada September 2018 di Mersing, Johor, Pusat Tuisyen Inspirasi Cerdik berkembang ke Shah Alam pada tahun 2023. Kami menekankan bimbingan berstruktur, latihan berfokus dan pemantauan perkembangan pelajar.

KELEBIHAN PEMBELAJARAN PTIC
Modul pembelajaranLatihan dan bahan mengikut tahap.
Penilaian berkalaUjian akademik dua kali setahun.
Pengajar berdedikasiPersekitaran belajar yang positif.
KENALI PENGASAS
Potret pengasas PTIC
PENGASAS & PENGETUACHE WAN MOHD LUKMANDiploma Sains Matematik · Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari · Pengalaman tiga tahun sebagai juruaudit dan akauntan.

Berbekalkan latar belakang akademik dalam bidang matematik dan sains aktuari serta pengalaman profesional dalam audit dan perakaunan, beliau mengasaskan PTIC dengan hasrat menyediakan pembelajaran yang lebih tersusun dan mudah diikuti. Sejak penubuhannya di Mersing pada September 2018, PTIC berkembang ke Shah Alam pada 2023 untuk memperluas akses kepada bimbingan akademik yang berfokus.

Penekanan PTIC ialah penguasaan asas, latihan yang konsisten, komunikasi bersama ibu bapa dan pemantauan kemajuan melalui penilaian akademik dua kali setahun.

HALA TUJU KAMI

Visi

Menjadi pusat tuisyen yang dipercayai oleh ibu bapa dalam membimbing pelajar menguasai ilmu, membina keyakinan diri dan mengembangkan potensi akademik secara berterusan.

KOMITMEN KAMI

Misi

Menyediakan pembelajaran yang tersusun melalui pengajaran berfokus, modul dan latihan mengikut tahap, bimbingan tutor yang berdedikasi serta penilaian berkala untuk membantu pelajar mengenal pasti kekuatan dan ruang penambahbaikan.

Suasana kelas sebenar di PTIC
Belajar dengan lebih yakin ✦
YURAN SESI 2027

Pakej yang jelas, pilihan yang mudah.

Yuran bulanan sama bagi PTIC Seksyen 3 dan Seksyen 22.

🏡 Home Tuition — Bimbingan Lebih Peribadi

Belajar di rumah mengikut keperluan pelajar. Hubungi pihak PTIC melalui WhatsApp untuk berbincang tentang subjek, kesesuaian masa dan lokasi.

Makluman: Jika terdapat keperluan tambahan seperti kos perjalanan dan modul pembelajaran, pihak PTIC akan memaklumkannya semasa perbincangan.

Nota pendaftaran

Yuran pendaftaran, bahan pembelajaran dan promosi tertakluk kepada pengesahan pihak PTIC. Hubungi pentadbiran untuk maklumat terkini sebelum membuat bayaran.

JADUAL PEMBELAJARAN

Jadual mengikut cawangan & tahap.

Pilih lokasi dan tahap anak anda untuk melihat jadual yang tersedia.

Pilih kelas hari biasa atau hujung minggu berdasarkan kumpulan yang ditawarkan. Jadual tertakluk kepada pengesahan pentadbiran.

WARGA PENDIDIK

Tenaga pengajar PTIC

Barisan tutor yang membimbing pelajar dalam subjek akademik dan agama.

Cikgu RifqiCikgu Rifqi
Cikgu Siti AishahCikgu Siti Aishah
Cikgu Nurul HudaCikgu Nurul Huda
Ustazah AinaUstazah Aina
Cikgu IzzCikgu Izz
Cikgu Md FahmyCikgu Md Fahmy
AKTIVITI & PENGALAMAN

Program yang menceriakan pembelajaran.

Poster rasmi bengkel dan gambar sebenar suasana PTIC. Program Disember 2026 dipaparkan sebagai arkib aktiviti.

GALERI PROGRAM PTIC

Belajar, bina, teroka dan cipta!

Daripada pengukuhan akademik hingga eksperimen STEAM, kami menggalakkan pembelajaran aktif dan menyeronokkan.

Lihat Galeri ↓
Poster program STEAM PTIC

Poster program & bengkel

Poster STEAM Disember 2026
Program Disember 2026

Program Cuti Sekolah STEAM

8–11 Disember 2026 · PTIC Seksyen 3

Poster Bengkel Bijak Sifir
Program Disember 2026

Bengkel Bijak Sifir

18 Disember 2026 · Pengukuhan sifir

Poster Klinik Algebra
Program Disember 2026

Klinik Algebra PTIC

15 Disember 2026 · Tingkatan 1–4

Suasana sebenar di PTIC

Program 2027Program akan datang akan diumumkan selepas tarikh dan pendaftaran disahkan.
TESTIMONI SEBENAR PTIC

Apa kata ibu bapa & pelajar?

Perkongsian pengalaman dan pencapaian yang diterima oleh PTIC. Testimoni berikut merangkumi maklum balas daripada komuniti PTIC, bukan khusus cawangan Shah Alam.

“
Alhamdulillah, sejak anak-anak saya belajar di PTIC, mereka lebih bersemangat dan berminat untuk belajar. Terutama dalam subjek Matematik dan Bahasa Inggeris, saya lihat kemajuan yang sangat memuaskan.
Puan FaezahIbu kepada pelajar PTIC
“
Anak saya mencapai prestasi cemerlang selepas mengikuti bimbingan di pusat ini. Guru-guru mahir dan modul pembelajaran yang dinamik benar-benar membantu.
Encik Azman bin MohdBapa kepada pelajar PTIC
“
Terima kasih cikgu ajar Matematik. 2 tahun saya mendapat anugerah terbaik subjek Matematik & Bahasa Melayu. Memang terbaik.
Nur AiniPelajar PTIC
“
Saya lihat Ramadhan ada peningkatan dalam membaca. Dah tak perlu mengeja untuk membaca perkataan seperti 'bola', 'kerusi'. Terima kasih banyak, berkat usaha pengajar membantu anak saya.
Puan Nurulhuda Md KhalidIbu kepada pelajar PTIC

Maklum balas & pencapaian pelajar

Tangkap layar maklum balas asal yang dikongsikan kepada PTIC, termasuk pencapaian SPM 2025 dan perkembangan akademik pelajar.

Maklum balas ibu bapa tentang peningkatan keputusan Sains dan Bahasa Arab
Perkembangan keputusan akademik
Maklum balas keputusan SPM 2025, pencapaian gred A
Keputusan SPM 2025
Maklum balas pelajar tentang keputusan Prinsip Perakaunan SPM
Pencapaian Prinsip Perakaunan
Maklum balas pencapaian semua A dalam SPM 2025
Pencapaian SPM 2025
JOM BERHUBUNG

Dua lokasi. Satu matlamat.

Pilih cawangan berhampiran untuk pertanyaan dan pendaftaran.

01 / SHAH ALAM

PTIC Seksyen 3

15A, Jalan Sena 3/13A, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor

Cik Aida · 011-3513 2057

02 / SHAH ALAM

PTIC Seksyen 22

32B, Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor

Pertanyaan · Hubungi pentadbiran PTIC

LANGKAH PERTAMA BERMULA DI SINI

Sedia untuk Sesi 2027?

Daftar secara dalam talian atau hubungi pasukan PTIC untuk pertanyaan lanjut.

Daftar Sekarang ↗